Home

Articles
Knowledge
Sejarah SkinHead
Sop and Aop
Founder
Downloads
Zine Review
Demo Review
Lirik
Tab Gitar
Gambar Skinhead
Member Chating
Member Seperjuangan
A.C.A.B
SkinBoys HomePages
Sejarah SkinHead

Gondolas in Venice; Actual size=240 pixels wide

SEJARAH SKINHEAD INI DIRINGKASKAN DAN DIPETI DARIPADA BUKU 'SKINHEAD BIBLE'


Skinhead adalah satu budaya hidup yang berasal daripada Britain. Ianya terhasil daripada rasa ketidakpuasan ataupun protes daripada sekumpulan remaja disana. Yang mana perlu diketahui ialah pada ketika itu kemelesetan ekonomi sedang melanda Britain dan dunia pada sekitar 1950an-1960an. Ianya juga berkait rapat dengan revolusi fesyen sedang melanda remaja di Britain pada sekitar 1950an.
Pada asalnya, Skinhead berasal daripada remaja-remaja yang menggelar diri mereka sebagai MOD (modernist). Mereka adalah remaja yang cendorong kepada fesyen dan keseronokan walaupun mereka mengatakan mereka adalah ''working class kids''. Pada pertengahan 1960an terdapat sekumpulan remaja yang mula berasa bosan dengan MOD dan mula memisahkan dari mereka seterusnya membentuk stail baru itu dengan memotongkan kepala botak dan memakai boot, mereka inilah yang digelar Skinhead. Mereka pada asalnya adalah golongan bawahan yang bekerja sebagai buruh lombong-lombong di Britian. Mereka begitu bangga dengan attitude mereka dan hanya bergembira dengan attitude mereka sebagai remaja working class. Mereka komited dengan kerja dan banyak bergembira di hujung minggu. Boot mereka pakai adalah untuk keselamatan ketika berkerja dan sebagai simbol remaja working class. Mereka membotakkan kepala sebagai satu identiti dan satu protes. Golongan skinhead pada zaman ini adalah golongan yang komited dengan kerja, dan belum mempunyai identiti yang ganas. Mereka sangat tertarik pada muzik Ska yang dibawa oleh pendatang Jamaica yang irama muziknya sangat bermelodikan lembut dan perlahan.
Pada 1970an, Skinhead yang dimasuki unsur-unsur negatif seperti keganasan dan perkauman. Bilangan skinhea yang terlampau ramai mungkin menyebabkan perkara-perkara ini buruk. Sesetengah skinhead kurang senang dengan kemasukkan pendatang Pakistan yang mana mengancam peluang perkerjaan mereka. Skinhead mula mencetus huru-hara dan mula menyokong pendatang tersebut. Pada pertenganhan 1970an keadaan mula menjadi lebih tegang apabila Parti Buruh mula meniup semangat perkauman iaitu National Front(NF) dan ula merelerut skinhead-skinhea dengan semangat nasional yang melampau-lampau. Skinhead mula mempengaruhi ideologi Nazi
(white power). Skinhead pada sekitar ini juga mula bertukar selera muzik ke arah punk dan oi! . Skinhead pada era ini telah dilabel sebagai kumpulan remaja yang ganas.
Tahun 1980an tiada apa-apa perubahan cuma tertubuhnya SHARP (Skinhead Againt Racial Prejide) yang menetang Nazi Skinhead.Namun pada ketika itu sudah ramai Skinhead kebali kepada root asal iaitu ''Tradition Skinhead''.

Sejarah 2

Skinheads mula bertapak di Britian pada tahun 1960. Menyikut kepercayaan remaja pada masa tersebut mereka ini dikenali sebagai MODS. Remaja yang bersikap ganas atau agresif mula mengguting rambut mereka lebih pendek lagi. Kedua-dua perkara ini adalah untuk menampilkan kearah imej dan juga Feshion mereka. Dan bagi menyelakkan mereka dari bergaduh di jalanan , Remaja Working Class ini memilih nama Skinheads hanya untuk membezakan mereka dari golongan MODS yang kurang ganas dan lemah itu. Skinheads akan bertemu pada hari sabtu di padang bola sepak untuk memberi sokongan kepada kumpulan bola sepak tempatan mereka. Penyokong setia kepada sesebuah kumpulan bola sepak kebiasaanya akan membawa kepada satu pergaduhan di antara penyokong-penyokong kupulan bola sepak yang lain. Perkara tersebut menyaitkan ia tentang sejarah FOOTBALL VIOLENCE. Bila malam menjelma, Skinheads akan mula memakai pakaian paling baik dan yang paling termampu buat mereka dan mereka akan pergi untuk menari. Di situ mereka akan menari menyikut muzik yang baru yang mana muzik itu dibawa oleh pendatang Jamaica ke Britian. Muzik tersebut dibahagikan kepada kepada banyak bahagian contohnya Ska, Jamaican Blues, Blues Beat,Rocksteady dan juga Reggae. Diperjumpaan ini mereka akan menari , minum dan bergembira antara satu sama lain dan pendatang Jamaica lah yang membawa muzik tersebut ke Britian.