Home

Articles
Knowledge
Sejarah SkinHead
Sop and Aop
Founder
Downloads
Zine Review
Demo Review
Lirik
Tab Gitar
Gambar Skinhead
Member Chating
Member Seperjuangan
A.C.A.B
SkinBoys HomePages
Articles

Article 1

Oleh Kurniawati Kamarudin

Secara kasar, masyarakat memandang skinhead dan punk sebagai kumpulan samseng yang menakutkan tetapi pengarah teater muda Shahili Abdan atau lebih dikenali dengan nama Nam Ron cuba menyelami kumpulan ini dari segi falsafah dan pegangan hidup mereka.

Nam Ron, akan memberi sentuhannya tersendiri dalam menyampaikan cerita yang berdasarkan teks Julius Ceasar karya William Shakespeare, menerusi pementasan eksperimental Gebede.

Gedebe dalam loghat Kelantan bererti samseng tetapi ia juga membawa maksud seseorang yang paling berpengaruh serta dihormati di satu kawasan dan dia diangkat menjadi penjaga kawasan berkenaan. Dan inilah akan ditonjolkan oleh Nam Ron dalam Gedebe, drama arahan terbarunya.

Nam Ron memberitahu sidang media yang diadakan pada 21 Feb, Gedebe akan dipentaskan oleh Alternative Stage dengan kerjasama Akademi Seni Kebangsaan (ASK).

Gedebe mengisahkan konflik yang berlaku di dalam sebuah komuniti atau kumpulan yang baru dinaikkan oleh Julius Ceasar. Beliau cuba mengubah keadaan yang sedia ada di dalam kumpulan tersebut. Perubahan sistem baru itu menampakkan peribadi Ceasar yang boleh mengucar kacirkan keadaan. Kerana perasaan kurang senang, Cassius yang menjadi salah seorang kuat di dalam kumpulan itu yang mempunyai niat peribadi yang tersembunyi, menghasut Brutus supaya membunuh Ceasar. Brutus merupakan seorang yang berpegang kuat pada nilai setia kumpulan.

Menurut Nam Ron, isu yang membawakan tema perebutan kuasa hingga sanggup menghancurkan pihak lain cuba diketengahkannya dalam pementasan yang membabitkan lapan pelakon.

Kelapan-lapan pelakon yang terlibat di dalam teater ini, dipilih melalui sesi ujibakat. Dua orang pelakon yang dipilih untuk pementasan ini pernah terlibat di dalam kumpulan skinhead dan punk, dan ini serba sedikit membantu kami untuk mengenali kumpulan ini dengan lebih dekat, ujar pengarah yang kini menjadi tenaga pengajar separuh masa di ASK.

Para pelakon yang terlibat terdiri daripada Wan Kanari Ibrahim yang memegang watak Cassius, Zul Huzaimy Marzuki sebagai Brutus manakala Norul Iman A. Rahman, Mohammaed Izzat Hassan, Shahril Nizam Shahron, Mohd Noor Effendi Sulaiman, Stephen Ayeh dan Azman Daud @ Zamli sebagai korus.

Tenaga produksi Gedebe termasuklah pengiat teater terkenal Rohani Yusuf yang bertindak sebagai Penerbit Eksekutif. Penerbitnya ialah Azizul Zahid Jamal (Toemoe) dan Pengurus Produksi pula Rosman Ishak. Tenaga Kreatif dikelolakan oleh Nam Ron sebagai pengarah, Pereka Produksi oleh Bayu Utomo Radjikin, Penata Seni oleh Susan Sarah John.

Gedebe akan dipentaskan di Panggung Eksperimen. Kompleks Budaya Negara, Jalan Tun Ismail dari 29 Mac hingga 3 April, jam 8.30 malam kecuali 31 Mac dan 1 April persembahan bermula pada pukul 3 petang.

Tiket-tiket berharga RM20.00 untuk orang dewasa dan RM10 untuk pelajar boleh didapati di Alternative Stage atau di kaunter Panggung Eksperimen pada hari pementasan itu sendiri. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Rosman di talian 019- 3603527.

-- Bernama Infotainment

Article 2

no2.jpg

no2.jpg

Article 3

DENCE OF OI!

Dalam oi! tiada pasangan diperlukan. Tarian ini adalah seakan-akan satu aktiviti untuk berseronok bagi yang sedang mendengar muzik atau pun semasa berada di dalam persembahan GIGS . Didalam oi! terdapat 3 jenis tarian utama di dalam GIGS di Malaysia iaitu:

POGO

POGO ialah satu daripada tarian yang terdapat di Malaysia. POGO melibatkan 2 orang yang berpaut antara satu sama yang lain denagn memakai jecket atau tshirt. Mereka akan saling berpandangan dan akan memulakan satu adegan tolak-menolak, lompat-melompat, tarik-menarik dan menghayunkan pasangan mereka ke tempat lain. Tarian ini juga seakan-akan satu pertempuran yang amat dashat.

THE SKANK

In oi! the skank ialah satu tarian ska skanking, tapi tarian in lebih banyak menitik beratkan kepada adegan tendang-menendang. Sesiapa yang menari dengan tarian ini akan membuat satu bulatan besar@satu barisan panjang sambil berpaut antara satu sama lain dan mereka akan mula menghayunkan kaki mereka sehingga ada orang yang ada dalam kelompok itu keluar dari persembahan

THE SLAM

The slam adalah satu gaya bila seseorang itu mendapat kesempatan untuk melompat dari tempat tinggi seperti meja, stage ketika gigs diadakan .Dalam tarian ini terdapat satu risiko yang akan dialami oleh seseorang ketika membuat slaming. Iaitu orang ramai yang berada di situ tidak sempat menyambut anda ketika anda slam! Ini kerana orang yang berada di situ menyambut friend mereka sahaja dari jatuh ke lantai. So, will those with the same subculture group without Skinhead with Skinhead, Rudies with Mod, so jika anda bukan dari kalangan mereka PLEASE DONT TRY

Article 4

FASHION SKINHEADS

Fashion Skinheads adalah seperti berambut pendek dan memakai baju dari jenis:

Baju: Ben Sherman
Tshirt Fred Perry
Tshirt Lonsdale
Tali Pingang @ Brances
Dongkey Jecket(Black Coats)
Bomber Jeck

Seluar: Levis
Lee
Levis Sta-Pres

Boot: Dr. Martens @ Mongkey Boot



Fashion ini adalah penting bagi Skinheads. Tetapi Fashion ini tidak lah terlampau ganas atau terlalu keras . Bagi Skinheads Fashion ini adalah satu Fashion yang sangat cantik ,elok ,bergaya dan segak. Semua Jenis pakaian ini adalah menjadi ikutan bagi ahli Skinheads.


SMART SKIN:

Smart skin akan memakai suit (single brested 3-4 butang)baju berbutang dan mempunyai kolar , Boot dan crombies.


PAKAIAN SKIN SETIAP HARI:

Pakaian skin setiap hari adalah sepertimemakai Jeans,Boot,baju Fred Perry,Tshirt berbutang dan berkolar(seperti baju cap payung), MAI Jecket,
Levi Style Jecket dan Dongkey Jecket.


BONEHEAD SKIN:

BONEHEAD SKIN memakai Boot tinggi (14-22 lubang) Black Drainpipe Jeans. Di Jecket Bonehead terdapat lambing Union Jack.

Adalah tidak dinafikan Fashion skin adalah campuran dari semua jenis pakaian yang berasaskan Boot, Jacket Jeans dan baju kolar berbutang.